Pages

Thursday 19 July 2012

Inspection Room!!

Selasa, 10.00 p.m

  Assalamualaikum w.b.t. dah lama rasa tak update blog aku nih..yer dop dok ahu??hehe. Maklum lah sekarang nie sibuk sikit dengan kelas,asignment n aktiviti-aktivi yang perlu dilaksanakan dan kena sertai..Nak kata penat??? gila kau x penat???hari-hari tido pukul 3 pagi..pegi kelas tak payah cakap la macam mana keadaan aku nie.Sampai da ade yang tegur mata aku nie da hitam dan bengkak sebab x ckup tidur..hehe
 
  Walaupun aku sibuk dengan semua aktiviti nie,kalau sebut je pasal Rotu memang aku x boleh nak lari la..Nie la lagi satu masalah yang terbeban dalam otak aku nie.selalu jugak la aku tidur lambat sebab aktiviti rotu nie. Sebut pasal aktiviti rotu aku nak cerita sikit la pasal kehidupan aku. Setiap minggu hari selasa kitaorang akan buat inspection room atau pun pemeriksaan bilik.

   Aku rasa kalau bagi orang-orang biasa mesti anggap kemas bilik macam biasa-biasa je kan.tapi tak bagi kami. Bayangkan la hari selasa tu kelas aku penuh sampai pukul 6.20 petang.menggila aku nak kemas bilik sorang-sorang.Kebiasaannya kemas bilik masa inspection nie kerja junior.Tapi bukan semua junior buat..tempay inter n senior mereka akan kemas sendiri.

   Nak dijadikan cerita,malam isnin dan pagi selasa tu sebelum aku pi kelas aku kemas la sikit-sikit ape yang patut sebab bila aku balk kelas petang nanti tak la banyak kerja sangat nak buat.So,sempat la aku siap kemas bilik sebelum mula study hour. Bayangkan kemas bilik gaya hidup askar.tak nak ade habuk..peh..pening kepala..baru jew lap tingkap tak sempat 1 minit dah ada habuk balik.dah guana??? kalo korang rasa tak sanggup jangan la pasang angan-angan nak jadi askar nie..mental weh..haaiiiyooo!!!

   Kat sini aku nak tunjuk serba sikit la bilik aku masa inspection room. Tak kemas mana pon..da aku sorang yang kemas.mana sempat nak kemas kalo masa 2 jam jew..haha..nasib skuad aku ade latihan Rotu Dance pukul 10 malam hari tu..kalau tak, tak tahu la berapa banyak yang aku kena..kakaka..bukan nak lari dari inspection tapi da stap mintak skuad aku turun markas buat latihan nak buat macam mana kan..

cara nak layout baju P.O atau pun baju planters order (baju no 7)

nie pulak keadaan katil aku, hanya boleh ada satu bantal sahaja dan cadar katil perlu tegang.

keadaan dalam almari aku, gantung baju kurung,koprat dan loreng pon ada cara,nak lipat baju kat bawah dan atas tu kena ikut ukuran 8x10. Nie lah keadaan dalam almari kena sentiasa kemas dan wangi.

Yang nie cara layout kasut isu dan kasut awam bawah katil.

Board kesayangan aku la nie!! kena kemas dan tak ada habuk ok!! segala informasi atau jadual kelas akan di tampal di sini.

Keadaan tingkap yang tiada habuk dan keadaan langsir ketika inspection dan hari-hari biasa.bukan boleh main selit kat tingkap je ok.kalo orang awam boleh la.

  Serba sedikit gambar yang bilik aku semasa inspecton room yang aku boleh tunjuk..Macam nie la keadaan setiap hari selasa malam.Masing-masing akan jadi giler nak kemas bilik..hahaha

3 comments:

  1. Tertarik dgn gambar almari tu... Boleh ajar macam mana nak sangkut baju kurung bagi nampak kemas sekata macam tu?

    ReplyDelete