Pages

Tuesday 9 October 2012

ROTU's Life~~~~

Assalamualaikum w.b.t


IKRAR KESATRIA!!

Pertama, beriman kepada Tuhan dan bertakwa kepada-NYA
Kedua, setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingan dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah
Ketiga, berpegang teguh disiplin tentera dan sedia menjunjung tinggi sikap kepewiraan dan kehormatan tentera.
Keempat, mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas
Kelima, menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.


      Seperti ikrar yang tertera di atas, itulah lafaz sumpah taat setia kami warga PALAPES.. Melafazkan memang mudah.tapi tanggungjawab yang digalas tu hanya ALLAH dan orang-orang seperti kami je yang tahu. Tersangat berat dan besar tanggungjawab yang digalas oleh kami. Walaupun orang lain kata kami cumalah "SIMPANAN" tapi suatu masa nanti kami akan berguna juga untuk negara. Demi mempertahankan Agama dan bangsa kita.

     Perpatah Melayu pun ade sebut, "Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah".. So, dah ini jalan yang kami pilih..memang tepat lah dengan pepatah orang dulu-dulu..Bukan senang untuk kita jadi senang. Macam kami lah, nak dapatkan pangkat "LEFTENAN MUDA" bukan senang macam orang lain sangka. Mungkin mereka fikir mudah tapi kepada sesiapa yang laluinya je yang akan tahu. Pahit getir, susah senang, sakit yang kami alami dan kegembiraan kami ada. 

      Sering sangat aku dengar daripada kawan-kawan kelas dan kawan-kawan dekat UITM nih.. ayat yang simple.."PALAPES kan kaya,dapat elaun dapat kolej" hahahaha..kadang-kadang aku tergelak jugak bile kawan-kawan aku cakap macam tuh.. Wahai sahabatku, yer memang kami dibayar dengan elaun dan disediakan kolej kediaman.tapi rasa-rasanya elaun tu x seberapa sangat pon kalau dbandingkan dengan ape yang kami lalui. Bukan elaun yang kami cari, tapi kami mencari ilmu, disiplin yang tinggi dan keyakinan diri kami. Dan berkaitan dengan "kolej" huhu, memang menjadi isu bila mata merit kami rendah dan kami tetap dapat kolej. Bukan kami xnak terlibat dengan aktiviti yang di anjurkan oleh UITM nie, tapi bila aktiviti yang dijalankan bertembung dengan hari lathan kami nak buat macam mana??? Bukan saja-saja xnak ikut program, tapi kalau kami xde ape-ape aktiviti semua nya kami akan sertai. Nak taw sebab ape?? Latihan lebih penting dari semua tuh :'(..kami cuma menurut arahan yang ditetapkan oleh orang atasan jew. So, tolonglah korang jangan pertikaikan kepada kami yer.

     Tapi cuba korang fikir balik, kami terikat dengan undang-undang yang sangat ketat dalam ROTU nih. Walaupun kami berada di dalam ataupun luar UITM. Tapi kalau orang lain aku rasa memang tak terikut dah dengan peraturan tuh. Sebab ape??? sebab itulah kami,hidup sentiasa bermain dangan undang-undang dan "PEGAWAI ATASAN" sebab itulah tugas kami berat.Kami disini untuk memberi khidmat kepada negara, agama dan bangsa. Bukan suatu perkara yang mudah wahai sahabat. Bukan salah kalian untuk berkata begitu, kamu semua tak berada di tempat kami sekarang. :) Terlaksanalah prinsip kami yang ketiga tuh..berpegang teguh dengan disiplin tentera,..hukhukhuk..Kadang-kadang bila kita galas satu jawatan atau pangkat tuh..tanggungjawab yang kita pegang pun adelah tersangat lah berat. Lagi-lagi kita yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah orang-orang bawahan dan arahan orang atasan. Itu lah yang dinama kan tanggungjawab.. Bertanggungjawab atas semua perkara. "BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH" kan??? dah jalan itu yang kita pilih..:)

     Humm, tak lama lama lagi aku akan pergi annual camping dekat "UITM LENDU, MELAKA".. Aku tak tahu perasaan aku apa sekarang nih. Rela dalam terpaksa. Rela sebab dah itu memang tugas aku dalam ROTU nih dan latihan tahunan nie jugak merupakan latihan wajib bagi semua Pegawai Kadet macam aku..haha, macam manalah aku kat sana nanti.naik lagi satu tanggungjawab aku dengan skuad aku yang lain bila kami kena pantau junior kami..haha, semoga junior-junior aku mampu bawak diri dengan baik dekat sana nanti. Tapi yang Terpaksa nya, bila aku terpaksa tinggalkan keluarga aku,lagi-lagi mak aku. tak sampai hati nak pergi dalam keadaan mak aku yang sakit macam tuh. InsyaAllah, aku boleh lalui masa-masa dengan tenang dan berani walaupun hakikatnya aku takut.:'). Aku kena ikhlas dalam melaksanankan tanggungjawab aku. Sama macam prinsip yang aku lafazkan dalam ayat keempat tuh.

     Dah tak lama da masa aku dalam ROTU nih. Sebabnya sekarang aku dengan skuad aku yang lain sudah pon jadi "INTERMIDIATE" lagi setahun setengah lagi sebelum kami ditauliahkan. Persoalannya, sempat ke aku sampai ke hari pentauliah aku tahun 2014 tuh???? mampu ke aku nak bertahan sampai aku mendapat gelaran yang aku idam-idamkan selama ini??? InsyaAllah..aku mampu lakukan. Yang penting aku yakin pada diri dan kemampuan aku. Cuma satu doa aku, semoga aku dapat mencapai cita-cita aku untuk menjadi pegawai tuh untuk membanggakan EMAK & ABAH serta adik-beradik aku yang lain sewaktu pentauliahan aku nanti.INSYAALLAH..dengan keizinan dari - NYA..

      Sedikit perkongsian gambar-gambar masa hari pentauliahan tu. Bukan gamba aku pun, Tapi gamba senior-senior aku masa aku junior dulu.. Sekarang mereka semua dah jadi pegawai pon apabila mereka ditauliahkan pada pertengahan tahun nie tahun 2012 di UUM. Masing-masing dah pakai satu paku atas bahu dengan gelaran "LEFTENAN MUDA". Tuan Puan.saya sangat berbangga dengan kalian semua. InsyaAllah kami bakal mengikut jejak langkah tuan dan puan seklian. Doakan kan kami tuan puan..:')


HARI PENTAULIAH PEGAWAI KADET BATCH 31 DI UUM

SENIORKU YANG KINI TELAH MENJADI PEGAWAI...:')




  



P/S : tuan puan kami berbangga menjadi junior tuan dan puan sekalian. Melihat kalian berjaya menjadi satu inspirasi kepada kami semua untuk terus berjaya seperti mana yang tuan dan puan lalui sekarang. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah kalian terapkan dalam diri kami. InsyaAllah kami akan bawa sehingga ke puncak. Tahniah untuk tuan dan puan semua. <3<3<3

cc to : Tuan Are-rif, Puan Syah, Puan Siti & Puan Thaqifah.( maaf saya amik gambar dari fb tuan dan puan )
   
     
     

No comments:

Post a Comment