Pages

Monday 8 October 2012

DuGaAn MeGuNdAnG DiRi 1..

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 14 September 2012, ( jumaat_9 malam )



      Selepas selesai aku menjamu hidangan makan malam bersama kawan-kawan yang lain. Macam biasa, aku,As,dengan budak-budak lain duduk lepak dekat luar kafe tempat kami makan tu. Dalam keseronokan aku melihat keindahan waktu malam di PUTERI RESORT,AYER KEROH, MELAKA. Masa tu jugak kami tengah berbincang tentang program kami yang nak keluar ke bandar Melaka malam tuh.Aku dikejutkan dengan satu mesej yang baru aku terima sekitar jam 9.00 malam.Ringkas je mesej yang dia hantar.Aku ingat lagi mesej dia.. "AWAK,TAW  TAK YANG KAKAK N MAK AWAK EXCIDENT TADI??" lebih kurang la kot...tapi betul-betul membuat aku rasa xsenang duduk.Hilang terus mood aku malam tu. 

      Saat aku baca mesej yang dihantar oleh dia, hanya ALLAH je yang tahu perasaan aku masa tu. Dalam keriuhan aku berceloteh, tiba-tiba aku terkaku membaca mesej tersebut. YA ALLAH, benarkah ape yang di khabarkan oleh dia kepada aku saat itu?? aku betul-betul takut.dada aku bedebar sangat.x senang duduk aku baca mesej dia. Bila aku tanya kepada dia. Bila aku tanya dia xnak cakap, mungkin sebab xnak tambah sedih aku kot.hummmm hati aku makin gelisah bila aku cuba hubungi kakak aku, tapi xdapat..line macam sibuk.kadang-kadang masuk voice mail.. aku cuba hubungi ayah aku pulak.benda yang sama terjadi. Langsung x tentu arah aku malam tu. Banyak kali jugak lah aku telefon. And than, baru aku dapat panggilan dari kakak( pemandu kereta yang excident tu) aku. Die cerita tentang kejadian tuh. Terus x berenti air mata aku mengalir. Sedih sangat-sangat kot dapat tahu yang keluarga sendiri excident, lagi-lagi mak yang aku sayang cedera teruk jugak lah. Sebab banyak tulang yang patah.

    Bila kakak aku cakap je tentang kecederaan mak aku tuh. Macam nak tecabut nyawa aku.Masa kemalangan tu ada 3 orang dalam kereta aku. Mangsa kemalangan nya ialah MAK,KAKAK & JIRAN aku. Kereta yang dinaiki berpusing 3 kali masuk gaung. Aku tahu tempat tu.gaung dia boleh tahan jugak dalamnya.Apa yang aku mampu buat masa tu ialah berdoa. Berdoa supaya ALLAH selamatkan setiap orang yang terlibat dalam kemalangan tu. Berdoa dalam hati diiringi tangisan. Aku da x rasa ape-ape dah masa tu.langsung x malu dengak orang ramai.Aku main nagis jew. Da sedih kan, apa nak pikir tentang orang. Malam tu jugak kawan-kawan aku yang lain cuba untuk menggembirakan aku,.mereka bawak aku pusing bandar Melaka.walaupun da hampir jam 10.30 malam. Aku rasa masa tu aku keluar dalam keadaan orang ynag separuh sedar kot. Sebab sedih sangat-sangat.

    Keesokannya merupakan hari terakhir aku dekat PUTERI RESORT, AYER KEROH, MELAKA. Memang seronok kat sana tapi cuma hari-hari last aku tu lah yang sedih sikit.di sebabkan kejadian malam tadi. jadi, akau ambik keputusan untuk balik kerumah untuk melawat mak aku. Nasib aku dah satu jalan dengan abang aku,maknanya dia lah yang ambik aku dekat resort tu dan bawak aku balik. Aku x terus balik rumah, tapi aku terus pergi hospital dan malam tu jugak aku tinggal kat hospital jaga mak aku. Sedih sangat tengok keadaan mak aku. 

    Mak aku mengalami patah bahu kanan,patah 3 dari rusuk kiri & patah peha kanan. Jiran aku patah bahu kiri, bahu kanan terkehel, & kaki pun terkehel jugak. Cuma kakak aku je bernasib baik tiada kecederaan cuma sakit2 dalam jew.mungkin kesan daripa kereta yang berpusing 3 kali masuk gaung & terhempas. Menangis aku tengok keadaan mak aku masa tu. Mak aku jew yang kena tahan wad lebih lama la.dalam 2 minggu.untuk menjalankan pembedahan memasukkan besi di peha kanan mak aku.kakak aku cuma mendapat rawatan pesakit luar. Dan jiran aku tidur semalaman je kat hospital.

    Aku agak terkejut jugak lah bila kakak aku cakap budak yang langgar kereta yang dia bawak tu adalah budak yang aku sangat-sangat kenal. Mana tak nya,budak satu sekolah,umur (20) setahun tua dari aku & bekas pakwe kawan aku pulak tu. Budak tu budak kampung aku jugak & belajar pon dekat je dengan tempat aku belajar sekarang. Dia belajar dekat POLITEKNIK SULTAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN.  Memang x jauh la dengan aku.aku dekat UITM DUNGUN. Memang nasib ko lah budak..tanggung la ape yang ko dah buat. Gambar-gambar keadaan mak aku & kereta aku akan aku upload dalam sambungan entri nie.banyak sangat aku tulis.nanti tambah gambar lagi bertambah panjang pulak cerita nie..So, kita tengok dalam entri berikutnya..

OKEY GAMBAR AKAN DI UPLOAD DALAM ENTRI SETERUSNYA!!!

No comments:

Post a Comment