Pages

Tuesday 5 February 2013

Detik Yang Di Tunggu..( 9 FEBRUARI 2013 )

Assalamualaikum w.b.t.

9 FEBRUARI 2013, 8.00 p.m

     Tarikh yang aku tunggu2.tinggal lagi berapa hari je lagi sebelum tarikh yang aku tunggu nie kunjung tiba.X sabar sangat2 nak tunggu..Tapi, yang penting nya,satu barang pon aku x kemas lagi..haha teruk perangai. nanti mula la kelang kabut.kau ingat nak balik rumah ko kew ejah ooii.hehe.

      Awak2,kita x sabar la nak g sana,tapi kan kite malas nak kemas barang..huhu. awak tolong kemaskan boleh??? mesti awak pon x sabarkan nak tunggu tarikh kat atas 2?? kite pon x sabar sangat2. nak jumpa awak.kita rindu kat awak..tapi walaupun saya cuma g sana sekejap jew.2 adalah kenangan paling indah yang akan terbina..humm...:)

      Lepas jew abis tranning hari sabtu 2, aku akan bertolak ke SUNGAI PETANI,KEDAH.. X sabar rasanya. xpe,walaupun penat tranning 2 hari jumaat dengan sabtu 2..bila kat sana nanti hilang la penat 2..hehe..werrrrrrrrrkkkkkk...


AWAK NANTI TUNGGU SAYA YER AWAK!!! TAK SABAR NAK JUMPA AWAK... SAYANG AWAK SANGAT-II....<3 <3 <3


saya sentiasa bersama awak....<3<3<3

(^_^) NORFAIZAH MAT ISA

Wednesday 30 January 2013

Pelengkap Jalan Cerita HidupKu

31 Januari 2013, 0207 a.m

Assalamualaikum w.b.t

        Setelah sekian lama aku meninggalkan laman blog yang aku sayang nie..akhirnya,hari nie aku bukak semula.sebenarnya aku ada banyak sangat cerita yang nak ditulis..tapi mungkin tak sempat aku nak tulis semuanya sekarang nie..

        PELENGKAP JALAN CERITA HIDUPKU...ini lah tajuk sebenar yang aku nak tulis pada entri kali nie..sejak dua menjak nie..ramai yang masuk dalam jalan cerita hidup aku untuk melengkapkan lagi jalaan cerita yang aku bina selamaini..kira-kira hampir 20 tahun jugaklah... mereka adalah insan-insan yang aku sayang dalam dunia nie..orang-orang yang aku selalu sebut dalam setiap doa harian aku...selain daripada doa aku buat kedua ibu bapa,serta keluarga tercinta..


        Selepas pulang dari berpenat lelah aku memerah keringat siang malam di latihan kem tahunan di UiTM Lendu, Melaka selama 23 hari...akhirnya setelah tiba di penghujung bulan 11 tahun 2012..tanggal 27 November 2012,aku telah di anugerahkan oleh ALLAH untuk mengenali seseorang insan yang sangat baik untuk diri aku..dia selalu menjaga dan mengambilan berat tentang diri aku..kadang-kadang aku sendiri yang lupa untuk menjaga diri..huhuhu..mujur ada dia yang sentiasa menegur aku..ALHAMDULILLAH YA ALLAH...TERIMA KASIH atas kurniaan MU yang paling berharga ini..


      Awak..terima kasih kerana sudi menjadi sebahagia daripada cerita hidup saya.kehadiran awak dalam hidup saya adalah sangat bermakna.disamping keluarga dan sahabat handai, awak adalah insan yang mampu membuat saya sentiasa gembira.TERIMA KASIH awak.Saya  tak akan pernah menyesal mengenali awak. FAISU~~

      


NORFAIZAH BINTI MAT ISA

Thursday 29 November 2012

On My BufDay 10.10.12

Assalamualaikum w.b.t..


        10.10.2012, maka genaplah umur aku menjadi 19 tahun..alamak,dah aku dah tua lah....huaaaa :'(.. meningkat lagi satu angka umur aku..hahahahahaha...Tanggal 10.10.2012 sekitar jam 10.10 malam aku mendapat kejutan daripada skuad dan YO kesayangan aku dekat blok Gemia tuh..

       Memang terbaiklah kan malam tuh aku kena..memang x sangka la aku kena sampai macam tukan.  Elok jew petang tuh aku g makan MCD dengan roomate aku "PUAN AMIRA SAHIRA" sedap la orang belanja makan.huhuhu..Thanks puan..:) sayang puan <3.. malam tuh lepas jew aku balik dari makan MCD kat bandar, balik-balik bilik jew mood aku di spoilkan dengan berita yang malam tuh ade "rocall" dengan pegawai. peh memang panas la kan..mane xnye..sebab aku punye paper last selang sehari je lagi dari hari tuh.. So, disebabkan dengan pegawai.so aku pon layankan jelah malam tuh tanpa keraguan langsung.

     Masa aku dengan skuad aku yang lain tunggu untuk cukupkan strengh, tetiba "PUAN SITI" masuk dalam bilik marah rank skuad aku.. KOPRAL PUYOH @ JULAIKHA..hahaha..die kena marah depan kami sebab xlapor strengh tepat pukul 10.. lepas cukup jew kekuatan skuad aku seramai 12 orang semua sekali terus kami dapat arahan untuk tukar baju ke NO 10..aku da memang gabra dah masa tuh..dapat pulak arahan "2 minit tukar NO 10 tunggu dalam TOILET semua sekali " peh, rocall dalam toilet tuh...memang terbaiklah..elok dah kumpul dalam toilet, tukar pulak.12 orang masuk dalam 1 shower.. Memang sardin dah dalam tuh 1 shower sebesar toilet disumbat dengan 12 orang..aku pulak terceruk kat belakang..hahaha..nasib2..

     Dalam toilet tuh bersaksikan skuad aku 11 orang bersama-sama YO kesayangan dekat blok aku dijadikan cekodok dalam toilet tuh..memang terbaik adunan yang korang bagi..haha. adunan yang cukup lengkap, SOS CILI, KICAP, SIRAP, SABUN, PASIR, TELUR & APE LAGI AKU XTAW. Tapi memang xboleh nak bukak mata lah kan..hahaha..sangat2 terbaik lah sebab bergabung dengan YO2 kesayangan skuad aku kat blok tuh..haha..dah la aku dikejutkan dengan aktiviti tuh, lepas tuh di tambah pulak dengan kejutan sambutan bufday dengan kek pulak,sangat2 terharu.nak menagis tapi tahan jew..hehe..

     Aku sayang sangat kat korang weh..korang lah the best ever skuad yang aku ade & termasuklah semua YO kat blok..Puan Syah, Pn Zuriana, Pn Shila, Pn Siti..n semua YO yang ade kat blok 2 lah..hehe..sayang korang sangat2..yang nama x dimention tuh maaf..bukan x ingat atau x sayang..tapi nak menaip tuh..huhu ade yang menunggu lappy nih kat sebelah..hahaha...aku sayang sangat2 dekat semua..the best family that I have at GEMIA..


GAMBAR DIULANG TAHUN KELAHIRANKU YANG KE-19

kek yang aku dapat daripada skuad kesayangan aku..PKW batch 33..termasuk lah YO...:)













Kek nie pulak YO yang hadiahkan...:) comeykan











Tuesday 9 October 2012

ROTU's Life~~~~

Assalamualaikum w.b.t


IKRAR KESATRIA!!

Pertama, beriman kepada Tuhan dan bertakwa kepada-NYA
Kedua, setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingan dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah
Ketiga, berpegang teguh disiplin tentera dan sedia menjunjung tinggi sikap kepewiraan dan kehormatan tentera.
Keempat, mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas
Kelima, menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.


      Seperti ikrar yang tertera di atas, itulah lafaz sumpah taat setia kami warga PALAPES.. Melafazkan memang mudah.tapi tanggungjawab yang digalas tu hanya ALLAH dan orang-orang seperti kami je yang tahu. Tersangat berat dan besar tanggungjawab yang digalas oleh kami. Walaupun orang lain kata kami cumalah "SIMPANAN" tapi suatu masa nanti kami akan berguna juga untuk negara. Demi mempertahankan Agama dan bangsa kita.

     Perpatah Melayu pun ade sebut, "Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah".. So, dah ini jalan yang kami pilih..memang tepat lah dengan pepatah orang dulu-dulu..Bukan senang untuk kita jadi senang. Macam kami lah, nak dapatkan pangkat "LEFTENAN MUDA" bukan senang macam orang lain sangka. Mungkin mereka fikir mudah tapi kepada sesiapa yang laluinya je yang akan tahu. Pahit getir, susah senang, sakit yang kami alami dan kegembiraan kami ada. 

      Sering sangat aku dengar daripada kawan-kawan kelas dan kawan-kawan dekat UITM nih.. ayat yang simple.."PALAPES kan kaya,dapat elaun dapat kolej" hahahaha..kadang-kadang aku tergelak jugak bile kawan-kawan aku cakap macam tuh.. Wahai sahabatku, yer memang kami dibayar dengan elaun dan disediakan kolej kediaman.tapi rasa-rasanya elaun tu x seberapa sangat pon kalau dbandingkan dengan ape yang kami lalui. Bukan elaun yang kami cari, tapi kami mencari ilmu, disiplin yang tinggi dan keyakinan diri kami. Dan berkaitan dengan "kolej" huhu, memang menjadi isu bila mata merit kami rendah dan kami tetap dapat kolej. Bukan kami xnak terlibat dengan aktiviti yang di anjurkan oleh UITM nie, tapi bila aktiviti yang dijalankan bertembung dengan hari lathan kami nak buat macam mana??? Bukan saja-saja xnak ikut program, tapi kalau kami xde ape-ape aktiviti semua nya kami akan sertai. Nak taw sebab ape?? Latihan lebih penting dari semua tuh :'(..kami cuma menurut arahan yang ditetapkan oleh orang atasan jew. So, tolonglah korang jangan pertikaikan kepada kami yer.

     Tapi cuba korang fikir balik, kami terikat dengan undang-undang yang sangat ketat dalam ROTU nih. Walaupun kami berada di dalam ataupun luar UITM. Tapi kalau orang lain aku rasa memang tak terikut dah dengan peraturan tuh. Sebab ape??? sebab itulah kami,hidup sentiasa bermain dangan undang-undang dan "PEGAWAI ATASAN" sebab itulah tugas kami berat.Kami disini untuk memberi khidmat kepada negara, agama dan bangsa. Bukan suatu perkara yang mudah wahai sahabat. Bukan salah kalian untuk berkata begitu, kamu semua tak berada di tempat kami sekarang. :) Terlaksanalah prinsip kami yang ketiga tuh..berpegang teguh dengan disiplin tentera,..hukhukhuk..Kadang-kadang bila kita galas satu jawatan atau pangkat tuh..tanggungjawab yang kita pegang pun adelah tersangat lah berat. Lagi-lagi kita yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah orang-orang bawahan dan arahan orang atasan. Itu lah yang dinama kan tanggungjawab.. Bertanggungjawab atas semua perkara. "BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH" kan??? dah jalan itu yang kita pilih..:)

     Humm, tak lama lama lagi aku akan pergi annual camping dekat "UITM LENDU, MELAKA".. Aku tak tahu perasaan aku apa sekarang nih. Rela dalam terpaksa. Rela sebab dah itu memang tugas aku dalam ROTU nih dan latihan tahunan nie jugak merupakan latihan wajib bagi semua Pegawai Kadet macam aku..haha, macam manalah aku kat sana nanti.naik lagi satu tanggungjawab aku dengan skuad aku yang lain bila kami kena pantau junior kami..haha, semoga junior-junior aku mampu bawak diri dengan baik dekat sana nanti. Tapi yang Terpaksa nya, bila aku terpaksa tinggalkan keluarga aku,lagi-lagi mak aku. tak sampai hati nak pergi dalam keadaan mak aku yang sakit macam tuh. InsyaAllah, aku boleh lalui masa-masa dengan tenang dan berani walaupun hakikatnya aku takut.:'). Aku kena ikhlas dalam melaksanankan tanggungjawab aku. Sama macam prinsip yang aku lafazkan dalam ayat keempat tuh.

     Dah tak lama da masa aku dalam ROTU nih. Sebabnya sekarang aku dengan skuad aku yang lain sudah pon jadi "INTERMIDIATE" lagi setahun setengah lagi sebelum kami ditauliahkan. Persoalannya, sempat ke aku sampai ke hari pentauliah aku tahun 2014 tuh???? mampu ke aku nak bertahan sampai aku mendapat gelaran yang aku idam-idamkan selama ini??? InsyaAllah..aku mampu lakukan. Yang penting aku yakin pada diri dan kemampuan aku. Cuma satu doa aku, semoga aku dapat mencapai cita-cita aku untuk menjadi pegawai tuh untuk membanggakan EMAK & ABAH serta adik-beradik aku yang lain sewaktu pentauliahan aku nanti.INSYAALLAH..dengan keizinan dari - NYA..

      Sedikit perkongsian gambar-gambar masa hari pentauliahan tu. Bukan gamba aku pun, Tapi gamba senior-senior aku masa aku junior dulu.. Sekarang mereka semua dah jadi pegawai pon apabila mereka ditauliahkan pada pertengahan tahun nie tahun 2012 di UUM. Masing-masing dah pakai satu paku atas bahu dengan gelaran "LEFTENAN MUDA". Tuan Puan.saya sangat berbangga dengan kalian semua. InsyaAllah kami bakal mengikut jejak langkah tuan dan puan seklian. Doakan kan kami tuan puan..:')


HARI PENTAULIAH PEGAWAI KADET BATCH 31 DI UUM

SENIORKU YANG KINI TELAH MENJADI PEGAWAI...:')




  



P/S : tuan puan kami berbangga menjadi junior tuan dan puan sekalian. Melihat kalian berjaya menjadi satu inspirasi kepada kami semua untuk terus berjaya seperti mana yang tuan dan puan lalui sekarang. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah kalian terapkan dalam diri kami. InsyaAllah kami akan bawa sehingga ke puncak. Tahniah untuk tuan dan puan semua. <3<3<3

cc to : Tuan Are-rif, Puan Syah, Puan Siti & Puan Thaqifah.( maaf saya amik gambar dari fb tuan dan puan )
   
     
     

Monday 8 October 2012

DuGaAn MeGuNdAnG DiRi 2..

Assalamualaikum w.b.t.


Tanggal 15 September 2012

Ini lah sebahagian dari gambar yang aku boleh tunjukkan kan kat korang...:'( 

KEADAAN MAK AKU :'(

Keadaan mak aku yang terlantar menahan sakit







KEADAAN KERETA AKU YANG DAH TAK BOLEH DIGUNAKAN..







Gambar dari atas tebing jalan dan di tempat kejadian ( dalam gaung )




Keadaan kereta setelah dibawa naik ke jalan..


  •  SAYA SENTIASA DOAKAN SEMOGA EMAK CEPAT SEMBUH!!! :'(
  • KEPADA KAMU BUDAK SILA TANGGUNG SETIAP APA YANG DAH KAU BUAT KAT FAMILY AKU "SEE YOU IN COURT"

P/S : Terima kasih awak sebab banyak bagi semangat dekat saya untuk lalui semua dugaan yang menimpa nie...terima kasih sangat-sangat...:')




FAIZAH PADY'S DELOVER


DuGaAn MeGuNdAnG DiRi 1..

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 14 September 2012, ( jumaat_9 malam )



      Selepas selesai aku menjamu hidangan makan malam bersama kawan-kawan yang lain. Macam biasa, aku,As,dengan budak-budak lain duduk lepak dekat luar kafe tempat kami makan tu. Dalam keseronokan aku melihat keindahan waktu malam di PUTERI RESORT,AYER KEROH, MELAKA. Masa tu jugak kami tengah berbincang tentang program kami yang nak keluar ke bandar Melaka malam tuh.Aku dikejutkan dengan satu mesej yang baru aku terima sekitar jam 9.00 malam.Ringkas je mesej yang dia hantar.Aku ingat lagi mesej dia.. "AWAK,TAW  TAK YANG KAKAK N MAK AWAK EXCIDENT TADI??" lebih kurang la kot...tapi betul-betul membuat aku rasa xsenang duduk.Hilang terus mood aku malam tu. 

      Saat aku baca mesej yang dihantar oleh dia, hanya ALLAH je yang tahu perasaan aku masa tu. Dalam keriuhan aku berceloteh, tiba-tiba aku terkaku membaca mesej tersebut. YA ALLAH, benarkah ape yang di khabarkan oleh dia kepada aku saat itu?? aku betul-betul takut.dada aku bedebar sangat.x senang duduk aku baca mesej dia. Bila aku tanya kepada dia. Bila aku tanya dia xnak cakap, mungkin sebab xnak tambah sedih aku kot.hummmm hati aku makin gelisah bila aku cuba hubungi kakak aku, tapi xdapat..line macam sibuk.kadang-kadang masuk voice mail.. aku cuba hubungi ayah aku pulak.benda yang sama terjadi. Langsung x tentu arah aku malam tu. Banyak kali jugak lah aku telefon. And than, baru aku dapat panggilan dari kakak( pemandu kereta yang excident tu) aku. Die cerita tentang kejadian tuh. Terus x berenti air mata aku mengalir. Sedih sangat-sangat kot dapat tahu yang keluarga sendiri excident, lagi-lagi mak yang aku sayang cedera teruk jugak lah. Sebab banyak tulang yang patah.

    Bila kakak aku cakap je tentang kecederaan mak aku tuh. Macam nak tecabut nyawa aku.Masa kemalangan tu ada 3 orang dalam kereta aku. Mangsa kemalangan nya ialah MAK,KAKAK & JIRAN aku. Kereta yang dinaiki berpusing 3 kali masuk gaung. Aku tahu tempat tu.gaung dia boleh tahan jugak dalamnya.Apa yang aku mampu buat masa tu ialah berdoa. Berdoa supaya ALLAH selamatkan setiap orang yang terlibat dalam kemalangan tu. Berdoa dalam hati diiringi tangisan. Aku da x rasa ape-ape dah masa tu.langsung x malu dengak orang ramai.Aku main nagis jew. Da sedih kan, apa nak pikir tentang orang. Malam tu jugak kawan-kawan aku yang lain cuba untuk menggembirakan aku,.mereka bawak aku pusing bandar Melaka.walaupun da hampir jam 10.30 malam. Aku rasa masa tu aku keluar dalam keadaan orang ynag separuh sedar kot. Sebab sedih sangat-sangat.

    Keesokannya merupakan hari terakhir aku dekat PUTERI RESORT, AYER KEROH, MELAKA. Memang seronok kat sana tapi cuma hari-hari last aku tu lah yang sedih sikit.di sebabkan kejadian malam tadi. jadi, akau ambik keputusan untuk balik kerumah untuk melawat mak aku. Nasib aku dah satu jalan dengan abang aku,maknanya dia lah yang ambik aku dekat resort tu dan bawak aku balik. Aku x terus balik rumah, tapi aku terus pergi hospital dan malam tu jugak aku tinggal kat hospital jaga mak aku. Sedih sangat tengok keadaan mak aku. 

    Mak aku mengalami patah bahu kanan,patah 3 dari rusuk kiri & patah peha kanan. Jiran aku patah bahu kiri, bahu kanan terkehel, & kaki pun terkehel jugak. Cuma kakak aku je bernasib baik tiada kecederaan cuma sakit2 dalam jew.mungkin kesan daripa kereta yang berpusing 3 kali masuk gaung & terhempas. Menangis aku tengok keadaan mak aku masa tu. Mak aku jew yang kena tahan wad lebih lama la.dalam 2 minggu.untuk menjalankan pembedahan memasukkan besi di peha kanan mak aku.kakak aku cuma mendapat rawatan pesakit luar. Dan jiran aku tidur semalaman je kat hospital.

    Aku agak terkejut jugak lah bila kakak aku cakap budak yang langgar kereta yang dia bawak tu adalah budak yang aku sangat-sangat kenal. Mana tak nya,budak satu sekolah,umur (20) setahun tua dari aku & bekas pakwe kawan aku pulak tu. Budak tu budak kampung aku jugak & belajar pon dekat je dengan tempat aku belajar sekarang. Dia belajar dekat POLITEKNIK SULTAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN.  Memang x jauh la dengan aku.aku dekat UITM DUNGUN. Memang nasib ko lah budak..tanggung la ape yang ko dah buat. Gambar-gambar keadaan mak aku & kereta aku akan aku upload dalam sambungan entri nie.banyak sangat aku tulis.nanti tambah gambar lagi bertambah panjang pulak cerita nie..So, kita tengok dalam entri berikutnya..

OKEY GAMBAR AKAN DI UPLOAD DALAM ENTRI SETERUSNYA!!!

PuTeRi ReSoRt, AyEr KeRoH, MeLaKa

Assalamualaikum w.b.t..

*wwwiiiinnnkkkk   wwiiinnnkkk

Tanggal 13 September 2012



PUTRI RESORT,AYER KEROH, MELAKA...

 humm kat sni la destinasi kedua aku pergi KURSUS ASAS 1 & 2 KOSISWA... 3 hari 2 malam jugak yang pertama hari tu buat dekat CROWN GARDEN HOTEL,KOTA BHARU, KELANTAN.. tapi yang entri nie mesti la nak cerita yang dekat melaka kan..tajuk pon kursus dekat melaka..haha..tapi series aku cakap ,memang best giler lah dekat sana..masa kursus kat sana aku just jadi pemerhati je..sebab bawak ahli-ahli kosiswa yang lain berkursus..tapi aku tetap bagi tumpuan jgk..so,kat sini aku nak kongsi sikit gamba aku masa dekat Putri Resort,Ayer Keroh, Melaka hari tu..jangan jeles,..da memang kerja aku berjalan jew..;P


KENANGAN BERSAMA KAWAN-KAWAN




                                                                     



APABILA TERJUMPA KEROPPI INI YANG TERJADI & KENANGAN HARI KE-2















Seronok dapat jalan-jalan tengok tempat orang..sambil2 kite bermandi - manda dan berseronok!! sampai penat masing-masing mandi kolam..bila jam dah menunjukkan angka 7 baru masing - masing nak keluar dari kolam..ish3..haha..seronok bersama kalian





Die lah NORASFARIZA ABDULLAH


rakan seperjuangan bersama-sama susah senang dalam KOSISWA!! & bertindak sebagai juru kamera aku..hehe
sayang kau As!!



GELAGAT PESERTA DALAM DEWAN..BERSAMA 
EN. ABDUL WAHAB HAJI ALIAS












Aku, As, Ida, n Basyir duduk kat belakang..Jadi pemantau sekejap untuk program nie..hahaha..sebab tu aq boleh ambik gamba sesuka hati..:)




  • SEMOGA UKHWAH YANG TERBINA ANTARA KITA AKAN TERUS KEKAL UTUH BUAT SELAMANYA...MENUNTUT ILMU BIAR SAMPAI KE NEGARA CINA..SO, JANGAN SEGAN-SEGAN NAK TUNTUT ILMU TU..BANYAK MANFAATNYA..SAMBIL BERKURSUS, KITA BERCUTI!!

( ^_~ )



FAIZAH  PADY'S DELOVER