Pages

Thursday 19 July 2012

Inspection Room!!

Selasa, 10.00 p.m

  Assalamualaikum w.b.t. dah lama rasa tak update blog aku nih..yer dop dok ahu??hehe. Maklum lah sekarang nie sibuk sikit dengan kelas,asignment n aktiviti-aktivi yang perlu dilaksanakan dan kena sertai..Nak kata penat??? gila kau x penat???hari-hari tido pukul 3 pagi..pegi kelas tak payah cakap la macam mana keadaan aku nie.Sampai da ade yang tegur mata aku nie da hitam dan bengkak sebab x ckup tidur..hehe
 
  Walaupun aku sibuk dengan semua aktiviti nie,kalau sebut je pasal Rotu memang aku x boleh nak lari la..Nie la lagi satu masalah yang terbeban dalam otak aku nie.selalu jugak la aku tidur lambat sebab aktiviti rotu nie. Sebut pasal aktiviti rotu aku nak cerita sikit la pasal kehidupan aku. Setiap minggu hari selasa kitaorang akan buat inspection room atau pun pemeriksaan bilik.

   Aku rasa kalau bagi orang-orang biasa mesti anggap kemas bilik macam biasa-biasa je kan.tapi tak bagi kami. Bayangkan la hari selasa tu kelas aku penuh sampai pukul 6.20 petang.menggila aku nak kemas bilik sorang-sorang.Kebiasaannya kemas bilik masa inspection nie kerja junior.Tapi bukan semua junior buat..tempay inter n senior mereka akan kemas sendiri.

   Nak dijadikan cerita,malam isnin dan pagi selasa tu sebelum aku pi kelas aku kemas la sikit-sikit ape yang patut sebab bila aku balk kelas petang nanti tak la banyak kerja sangat nak buat.So,sempat la aku siap kemas bilik sebelum mula study hour. Bayangkan kemas bilik gaya hidup askar.tak nak ade habuk..peh..pening kepala..baru jew lap tingkap tak sempat 1 minit dah ada habuk balik.dah guana??? kalo korang rasa tak sanggup jangan la pasang angan-angan nak jadi askar nie..mental weh..haaiiiyooo!!!

   Kat sini aku nak tunjuk serba sikit la bilik aku masa inspection room. Tak kemas mana pon..da aku sorang yang kemas.mana sempat nak kemas kalo masa 2 jam jew..haha..nasib skuad aku ade latihan Rotu Dance pukul 10 malam hari tu..kalau tak, tak tahu la berapa banyak yang aku kena..kakaka..bukan nak lari dari inspection tapi da stap mintak skuad aku turun markas buat latihan nak buat macam mana kan..

cara nak layout baju P.O atau pun baju planters order (baju no 7)

nie pulak keadaan katil aku, hanya boleh ada satu bantal sahaja dan cadar katil perlu tegang.

keadaan dalam almari aku, gantung baju kurung,koprat dan loreng pon ada cara,nak lipat baju kat bawah dan atas tu kena ikut ukuran 8x10. Nie lah keadaan dalam almari kena sentiasa kemas dan wangi.

Yang nie cara layout kasut isu dan kasut awam bawah katil.

Board kesayangan aku la nie!! kena kemas dan tak ada habuk ok!! segala informasi atau jadual kelas akan di tampal di sini.

Keadaan tingkap yang tiada habuk dan keadaan langsir ketika inspection dan hari-hari biasa.bukan boleh main selit kat tingkap je ok.kalo orang awam boleh la.

  Serba sedikit gambar yang bilik aku semasa inspecton room yang aku boleh tunjuk..Macam nie la keadaan setiap hari selasa malam.Masing-masing akan jadi giler nak kemas bilik..hahaha

Saturday 14 July 2012

Hutan Lipur Menderu

14 Julai 2012, 1300 p.m

  Assalamualaikum w.b.t semua. Hari nie memang best sangat-sangat..hahaha. Nak taw kenapa??sebab dapat jugak aku kuar dari blok nie.lupa kejap masalah-masalah dekat blok nie..hehe..lebih kurang pukul 1 petang tadi,aku dengan skuad aku bersama dengan puan-puan senior yang PKW saja la pergi beriadah.memang best sangat-sangat..kami sewa kereta viva 4 buah.sewa 6jam,sebuah kereta RM40.So,kami bayar RM14 ringgit sorang untuk bayar duit sewa kereta dengan duit makanan.kitorang pergi ke Hutan Lipur Menderu mandi air terjun dekat situ..memang berbaloi jugak la.tempatnya kira okey la jugak dari xde kan.
 
    Kira dalam pukul 2 petang kami sampai kat kawasan rekreasi tu..mula-mula kira teruja la nak mandi. Tapi yang x bestnya aku xreti berenang.haha apung kan badan boleh la jugak sikit-sikit.tapi x berapa nak yakin sangat sebab aku pernah lemas.lemas pulak masa latihan penutup latihan lanjutan dekat tasik Putri, Bukit Besi tahun lepas.huhu..masa tu kira fobia jugak la.tapi x bermakna aku x mandi okey.tasik tu dalam kot bekas kawasan perlombongan bijih besi.kalo jurulatih lambat la selamatkan aku masa tu agak-agak aku ada lagi ke x kat tempat aku sekarang nie??? humm...itu lah ketentuan yang telah ALLAH telah aturkan untuk setiap hamba-Nya.

     Air kat kawasan tu memang sejuk sangat.mula-mula masuk kaki pon da mengigil.haha...walaupun cuaca masa tu ts=engah panas.air tetap cool jew sejuk.hehe.punya la sakan kami mandi sejam baru terasa lapar.kami makan dalam pukul 3 lebih.kami makan semua makanan yang kami bawak bersam.kami bawak nasi.makan kongsi-kongsi.sweet sangat.:).sambil makan nasi tu punya syok aku tengok ikan putih berenang dalam air.punya la banyak ikan-ikan tu,besar-besar pulak tu.terasa teringin pulak nak makan ikan sungai tyang di goreng garing..nyam nyam sedap nya.

    Lepas jew makan kami masuk balik dalam air.tapi bila da masuk tu masing-masing mengigil kesejukkan.ditambah pulak dengan angi yang datang..memang menusuk sehingga ketulang la sejuk nya. bila akmi mandi buat kali kedua nie la baru kami ambil gambar.tapi maaf la.gambar aku xleh nak upload.mana x nya sume mandi free hair.giler nak upload.memang x la kan.da sume perempuan.kalau yang bace blog nie perempuan xpe jugak.mau nye ade lelaki.kan xpasal-pasal tambah dosa kering kiteorang nie.maaf yer.kami mandi sampai pukul 5 petang.lepas tu terus kami siap-siap tukar baju.kami pegi pulak Mesra Mall.da dekat da dengan tempat yang kami perdi nie.dalam 20 minit da smapai dekat MM.

    Kami jalan-jalan dekat MM tu sampai pukul 7.lepas je pukul 7 malam kami terus gerak balik.mula-mula puan ajak berhenti dekat Paka n nak ajak makan sekali.tapi maaf puan kami kena balik dulu sebab nak hantar kereta awal.dah janji dengan pak cik Kaha nak hantar pukul 8 malam. memang terbaik la kan skuad aku si Derak atau nama asal Shakila nie bawak kereta.kalah orang lelaki bawak kereta.macam nak berlumba.huhu.tapi memang best naik kereta dengan die.:).tepat pukul 8 malam jew kami sampai la dekat UiTM tercinta UITM Dungun.hehe.

    Yang paling xbest nya,da la aku tengah pening kepala.balik-balik kena tengok junior buat kerja pulak.peh.mental aku dengan kepala sakit.tapi aku stay manis kan muka dengan senyuman.x pe la.asal kan aku x kena buat.so,layan kan aja kerja junior nie.hahahaha

    Sedap sangat aku menaip.x sedar pon jam da pukul 2 pagi.esok pagi da la ada kelas.n nasib paling baik baik bile kuiz finance esok tunda buat hari selasa.sayang miss Fara lebih2..hehe..ok lah..da banyak sangat da nie aku mengarut baik aku abis kan sampai dekat sini jew.sekian saja dari aku.Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua..have a nice day tomorow n just smile :)

Friday 13 July 2012

Kenangan Annual Camp ( ARAU)!!!!

     


  \      



                                      


         






























   Nie la serba sedikit kot gambar masa annual camp dekat UiTM Arau ,Perlis. Kenangan yang memang xkan pernah aku n skuad aku lupa.masa kami junior memang best sangat.sebab kami ada puan inter yang best n puan senior yang sporting. Perasaan masa nie memang sukar untuk diceritakan..tapi sume jelas melalui gamba-gamba nie.SAYA SAYANG SKUAD SAYA BATCH 33...<3<3<3